Monday, April 20, 2020

Senang ke study PJJ?



As Salam,

Untuk kali ini aku nak cerita tentang cabaran dan perkara penting yang akan dilalui oleh seorang pelajar PJJ.

Agak subjektif untuk bercerita tentang cabaran. Cabaran yang dihadapi setiap pelajar mungkin berbeza dan mungkin juga sama. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi cabaran seseorang itu. Contohnya- kualiti diri, keluarga, kekangan kerja, kewangan, faktor kesibukan dan keazaman. Ini antara perkara penting dan cabaran yang akan dilalui oleh seorang pelajar PJJ:

1- Matlamat
Anda perlu ada matlamat yang jelas untuk sambung belajar. Ramai yang tak jelas tentang matlamat. Mohon masuk belajar sebab suka-suka, ikut kawan, dan macam-macam lagi. Anda kena ada matlamat. Contohnya: Ijazah ni untuk apa? Berapa lama aku nak habiskan pengajian ni? Berapa pointer yang aku nak capai?





2- Keazaman
Anda kena ada keazaman yang tinggi kerana bergelar pelajar pada ketika usia sudah meningkat, serta komitmen tinggi terhadap kerja dan keluarga amat menuntut komitmen anda. Namun, sekiranya anda telah ada matlamat yang jelas, insyaAllah, semuanya akan jadi mudah.

Ok, bila dah ada matlamat yang jelas, keazaman memainkan peranan besar untuk mencapainya. Tanya diri sendiri, cari strategi dan tanamkan azam. Contoh soalan yang harus anda tanya diri anda. Macam mana nak habiskan pengajian dalam tempoh 4 tahun? Dah dapat strategi, tanamkan azam untuk kekalkannya. Aku nak dapatkan pointer/CGPA 4.0. Macamana? Cari strategi dan amalkan dengan azam anda.



3- Kerelaan / Pengorbanan
Memasuki dunia baru dalam hidup semasa amat memerlukan kerelaan dan pengorbanan. Ini kerana bergelar pelajar telah memberikan anda satu tanggungjawab baru, tambahan beban daripada beban yang sedia ada. Bagi yang single, anda kena korbankan masa lepak anda untuk mengulangkaji pelajaran/ melakukan tugasan. Manakala yang bekeluarga, anda kena mendapatkan kerelaan suami/isteri anda kerana ini akan menuntut pengorbanan yang besar dari mereka. Anda pula perlu bersedia dan membuat pengorbanan untuk mencapai apa yang anda inginkan.



4- Masa
Masa itu emas. Bagi mereka yang bekeluarga, masa mereka amat terhad. Namun anda kena bijak membahagikan masa dan mengatur jadual seharian anda. Ramai yang gagal dalam perkara ini (termasuklah aku).




5- Kewangan
Kewangan adalah masalah yang dihadapi hampir semua orang. Rancanglah dengan bijak. Anda memerlukan sumber kewangan bagi membayar yuran, membuat tugasan, menghadiri kursus intensif dan pembelanjaan harian semasa kursus intensif. Anda juga mungkin memerlukan sumber kewangan untuk membeli buku rujukan tambahan.



6- Komitmen
Memandangkan anda telah bergelar pelajar / all-in-one tanggungjawab yang anda ada sekarang. Komitmen anda semakin banyak namun anda harus memberikan komitmen kepada pengajian anda. Jangan pandang remeh tentang setiap perkara yang berkenaan pengajian anda. Beri komitmen sepenuhnya terhadap tugasan, ujian dan peperiksaan. InsyaAllah. Semua akan berjalan lancar.



Ok, itu antara cabaran dan perkara yang akan dilalui oleh seorang pelajar PJJ. Fikirkan dan sediakan diri untuk menghadapi cabaran sebenar.

Saturday, April 18, 2020

Throwback raya tahun 2019.


Kali ni aku saje nak share satu video raya kami sekeluarga tahun 2019. Masa ni kitorang beraya di rumah mertua. Suasana memang riuh bila enam keluarga adik-beradik wife aku balik beraya bersama di samping 21 orang anak saudara. Video ni hasil tangan salah sorang anak saudara aku yang kreatif. Rakaman video ni dibuat semasa kami semua bersalaman dan bermaafan di antara satu sama lain dan seterusnya sesi bergambar bersama keluarga. Masa ni ramai yang tak sedar anak saudara aku tengah rakam suasana kat rumah tu di pagi raya. Termasuklah dengan aku sekali sama-sama tak sedar. Jadi aku boleh katakan video ni rakaman spontan lah. So selamat menonton untuk semua.




Andai kata kita beraya di musim PKP...


Bagi membendung serta memutuskan rantaian virus covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah masuk ke fasa 3 iaitu dari 15 April 2020 hingga 28 April 2020 dan dalam tempoh itu juga seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Ramai yang membuat andaian bahawa PKP ini akan bersambung hingga ke fasa 5 iaitu menghampiri bulan Syawal di mana kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Jadi untuk posting kali ini aku nak share satu video andai kata kita  semua menyambut hari raya Aidilfitri di musim PKP nanti. Korang jangan ambil serius pulak. Semoga terhibur.




Sama-sama kita berdoa semoga Covid19 ni pergi jauh dari Malaysia dan semoga kita semua dapat jalani hidup seharian seperti biasa semula.

Honda Civic Generasi ke 10 tampil lebih garang


Kereta jenama Honda sudah pasti diminati oleh ramai peminat automotif di Malaysia termasuklah aku sendiri. Kereta keluaran negara matahari terbit ini sudah pun bertapak lama di Malaysia. Salah satu model Honda yang diminati ramai ialah model Civic. Dan kini Honda telah melancarkan model Civic Generasi yang ke-10 yang tampil lebih garang dan sporty. Di sini aku nak buat sedikit review tentang keistimewaan dan kecanggihan model Civic yang baru ni.




Honda Malaysia telah melancarkan model generasi Civic yang baru, peneraju segmen C di Malaysia yang dilengkapi dengan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya, Honda SENSING. Honda Civic yang baru ini didatangkan dengan tiga varian iaitu 1.8S yang ditawarkan pada harga bermula RM113,600, 1.5TC (RM129,600) dan 1.5TC-P (RM139,600). Dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged, model ini menyerlahkan elemen pemanduan Honda yang mengujakan dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang. Enjin VTEC Turbocharged itu juga menjanjikan ‘Keseronokan untuk Memandu’ dengan kuasa maksimum mencecah 173PS dan tork 220Nm, yang menyamai prestasi enjin bersesaran 2.4L.


Model ini juga ditawarkan dengan enjin 1.8L i-VTEC berkuasa 141PS dan tork 174 Nm, sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan enjin aspirasi biasa. Kedua-dua enjin itu diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle). Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata model Civic ini juga menjadi model Jepun pertama keluaran tempatan secara besar-besaran dalam segmen C yang ditawarkan dengan lapan ciri penuh keselamatan termaju Honda SENSING. “Kami meletakkan sasaran jualan Civic baharu iaitu 1,000 unit sebulan,” katanya.

Civic Generasi ke-10 adalah model kegemaran rakyat Malaysia dan mendominasi segmennya dengan penguasaan pasaran sebanyak 72 peratus sepanjang tahun 2019. Civic generasi ke-10 ini menjadi model pilihan ramai dalam segmennya dan berjaya dijual lebih 48,000 unit sejak dilancarkan empat tahun lalu. Secara keseluruhannya, Civic yang diperkenalkan di Malaysia telah mencatat jualan lebih 135,000 unit setakat Januari 2020.

Menyentuh mengenai Civic baru ini, dari segi luaran, ia mengetengahkan gaya sebuah ‘fastback’ yang lebih menarik. Ia hadir dengan bamper hadapan yang baru bersama gril hitam yang memberikannya penampilan yang lebih garang. Kemasan pada bampar belakang dan spoiler belakang baharu membuatkannya nampak semakin bergaya selain dilengkapi rim aloi hitam bersaiz 18-inci baru.



Reka bentuk dan prestasi Civic baharu disempurnakan lagi dengan ruang dalamannya yang menarik setaraf dengan ciri kenderaan segmen D seperti tempat duduk dibalut kulit Baharu bersama dengan ciri standard seperti pengilap cermin hadapan automatik baharu, tempat duduk pemandu berkuasa dengan lapan talaan, penghidup enjin kawalan jauh (Remote Engine Start) dan ‘Walk Away Auto Lock’ untuk semua varian.



Semua varian Civic baharu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang terbaik dalam kelasnya seperti Enam Beg Udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Membrek (BA), Auto Brake Hold (ABH), sensor hadapan baharu dan ISOFIX pada tempat duduk belakang.



Civic baharu juga ditawarkan dengan warna baharu iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl) yang meningkatkan lagi penampilannya yang garang dan sporty. Pilihan warna yang lain adalah Perak (Lunar Silver Metallic), Putih Mutiara (White Orchid Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl).

Friday, April 17, 2020

Persiapan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini...



Lebih kurang kurang seminggu lagi seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang sememangnya dinantikan setiap tahun. Selain melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal kebajikan, pasti ramai yang menantikan suasana bersolat sunat terawih di masjid atau surau.

Namun, keadaan tentunya amat berbeza bagi Ramadan tahun ini apabila umat Islam di negara ini berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat lepas bahawa tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 28 April ini, dan umat Islam dijangka mula berpuasa dalam tempoh berkenaan.

Untuk pertama kalinya umat Islam akan menyambut Ramadan ketika PKP dilaksanakan. Pada pendapat aku bulan Ramadan harus dilihat secara bijaksana dengan sudut pandangan yang penuh kebaikan serta manfaat sewaktu di akhirat.

Mengenai amalan solat sunat terawih pada bulan Ramadan semasa PKP pula, aku rasa ia tidak menjadi masalah kerana boleh dibuat di rumah tanpa ke masjid atau surau. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah, makan secara minimum, solat on time (di awal waktu), tidur awal bangun awal, membaca al-Quran dan berzikir sementara tunggu azan maghrib. Sesungguhnya, COVID-19 adalah titik tolak untuk ingatkan kita semua tentang kemanusiaan dan kembalikan manusia kepada asas fitrah.

Pada bulan Ramadan sepatutnya menginsafkan manusia dan merasai kesusahan orang lain yang kurang mampu. Seperti yang kita tahu bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Jadi sedikit sebanyak dapat mengelakkan kita daripada bermewah-mewah sehingga membazir, waktu berbuka beli macam-macam dan makan sampai kekenyangan, dan mungkin akan membuatkan kita tidak larat untuk solat.

Jadi di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia amnya dan kepada semua saudara-mara serta sahabat handai khasnya. Semoga korang semua memanfaatkan masa yang ada sepanjang tempoh PKP ini dijalankan.

Thursday, April 16, 2020

Apa menu korang semasa PKP...


Seperti mana yang kita tahu, Perintah Kawalan Pergerakan telah bermula pada 18 Mac 2020 bagi tempoh 14 hari. Dan sekarang PKP telah pun masuk ke fasa 3 yang mana bermakna kita diarahkan untuk duduk di rumah dan menjaga penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian Covid 19. Bagi yang bekerja pula diarahkan untuk bekerja dari rumah. Di kesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat sebagai frontliner tidak kita lah korang di kalangan warga KKM ke anggota PDRM ke anggota ATM ke dan sebagainya. Jasa dan bakti korang semua hanya Allah sahaja yang membalasnya.

Bila dah duduk rumah ni macam-macam benda kita buat kan. Kalau kita skrol di FB tu rata-rata memuatnaik menu masakan dan hasil tangan masing-masing. So di sini aku just nak share antara menu-menu yang wife aku sediakan untuk kami sekeluarga semasa musim PKP ni. Menu-menu ni aku share secara rawak je yang mana ada gambar je lah.

Ini dia kopi viral yang ramai dah cuba buat di rumah, termasuklah wife aku. Macam aku memang suka minum kopi ni memang sedaplah rasa air dolgano ni. Sape-sape yang belum cuba tu bole lah cuba try test buat di rumah sendiri.


Ni aku panggil kuih cucur jawa. Rupa kuih ni agak kurang cantik sebab wife aku pertama kali cuba.



Puding caramel ni kerap jugak lah wife aku buat sebelum-sebelum ni. Kalau beli kat kedai ni 1 slice tu je dah RM3.00 kalu aku tak silap. So bila buat sendiri ni puas lah makan.


Kuih kaswi gula merah. Ada jugak orang buat kuih ni warna hijau iaitu kaswi pandan.


Kuih lopes ni antara kuih kegemaran aku.


Laksa penang. Nampak menyelerakan.


Ni antara menu lauk pauk. Prawn butter milk, sayur kailan goreng & ikan sekut masak kari. 


Kuih lepat pisang. Nak buat kuih ni perlukan kesabaran yang tinggi jugak.


Mi hailam. 


Nasi lemak lauk telur goreng, ayam goreng & udang masak sambal.


Kuih nona manis. Yang ni kami makan macam tu je tanpa kelapa parut. 


Kuih tepung pelita. Disebabkan masa ni tak ada daun pandan, kitorang decide pakai bekas plastik je. Bezanya kalau guna daun pandan kuih ni bau wangi dan ada rasa pandan.


Lauk udang masak lemak cili api & ayam goreng.


Inilah serba sedikit menu kami sekeluarga sempena musim PKP ni. Kalau ada kawan-kawan yang nak tanya pasal resipi bole komen di bawah. Nanti kita share.

Monday, April 13, 2020

YNWA!!! SEJARAH TERBINANYA KELAB BOLA SEPAK LIVERPOOL FC.



Adakah anda peminat kelab Liverpool FC yang power dan terulung?? Tetapi apabila ditanya tentang Liverpool pasti yang muncul di muncung mulut nama Jurgen Klopp , Mohamad Salah, “mane mane” atau laungan gempita enam kali “six time champions bebehhh” tapi umpama kacang lupakan kulit atau ikan lupakan lautan andai tidak mengetahui tentang kisah lahir mahupun bapa pengasas kelab bola sepak Liverpool FC.

Ok di sini khas untuk anda kisah ringkas tentang bagaimana dan siapa yang mengilhamkan kelab kesayangan kita ini . Secara tamsilnya Liverpool ditubuhkan pada tahun 1892. Olehhhh siapa??? Orangmya ialah JOHN HOULDING . Siapa John Houlding ini sebenarnya?? John Houlding adalah merupakan pemilik Stadium “Anfield Road”. Sebelum menjadi “base” keras Liverpool, Anfield telah digunakan oleh kelab bola sepak Everton. Yes Everton. Musuh setempat Liverpool . Namun disebabkan perseteruan antara pentadbiran Everton dan Houlding, Everton telah buka langkah berpindah ke stadium baharu yang mereka gunakan sehingga hari ini iaitu Goodison Park .

Stadium ada. Pasukan pula tak ada. Nak elak pening kepala dan tanda protes kepada Everton. Houlding telah melantik John McKenna. Nak dipanjangkan cerita McKenna ni banyak pengalaman dan “orang dalam” di dunia bola sepak Scotland. Di sinilah sejarah mulai tercipta, berbekalkan skuad 13 pemain yang 9 orang daripadanya berdarah tanah tumpah Scotland, kelab bola sepak Liverpool “The Reds” “The Kop” pun dilahirkan dan selebihnya adalah sejarah.

Nahh dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, hadam habis habisan biar jika ditanya tidaklah tersengih sengih manja. YNWA!!

Pengalaman terbang ke Ho Chi Minh, Vietnam


Kalau anda nak tau ini merupakan kali pertama aku dan keluarga melancong ke luar negara dan juga pengalaman kali pertama kami sekeluarga naik kapal terbang iaitu pada Januari 2019. Masa tu kami sekeluarga pergi bersama mak mertua dan keluarga kakak ipar aku. So bila pergi ramai-ramai ni konfiden tu ada lebih sikit la.

Anda pernah melancong ke Ho Chi Minh? Kebanyakan tarikan utama pelancong yang terbaik di Ho Chi Minh atau pun Saigon adalah berkisar kepada peristiwa perang dan penjajahan pada abad ke-20.
Bunyinya kedengaran agak suram, dan ini tidak dinafikan, namun terdapat beberapa aktviti sejarah di sini yang benar-benar menarik dan sesuai untuk semua peringkat usia.
Dari seni bina Perancis yang klasik hingga kepada kapal perang Amerika yang kekal sempurna dipelihara rapi, aktiviti berjalan-jalan di Ho Chi Minh adalah seperti melihat gambaran masa lalu hidup di depan mata, dengan begitu banyak tempat menarik bertebaran di seluruh bandar.
Sudah tentu, dengan perubahan masa dan juga sebagai sebuah bandar raya dan pusat perniagaan terbesar di Vietnam, bangunan pencakar langit mulai mengapai awan dan menggabungkan sisi baru dan lama Vietnam dengan caranya yang tersendiri.


Penginapan kami di Ho Chi Minh.



Di antara lokasi-lokasi menarik yang kami lawati adalah seperti di bawah.


Sungai Mekong

Sungai Mekong atau lebih dikenali dengan nama “Sungai Sungai Sembilan Naga” adalah sungai ke 12 terbesar dan terpanjang di dunia dan ke-10 di Asia. Keluasan sungai Mekong merangkumi negara China, Myanmar, Thailand, Loas, Kemboja dan Vietnam. Di Vietnam, sungai Mekong berada di bahagian Barat Daya. Jadi, admin ingin kongsikan apa aktiviti yang boleh anda lakukan bila berada di Mekong.

Naik bot di Sungai Mekong

Dari bandar Ho Chi Minh, bertolak ke Pelabuhan My Tho. Perjalanannya mengambil masa selama 2 jam. Di sana ada banyak bot yang sedang menunggu. Terus terang kata, ramai pelancong berbaris. Jadi, kalau nak senang pergilah bersama travel agent, tak perlu risau nak tempah bot macam mana? Travel agent akan urus semuanya.

Dengar tourist guide berceloteh kat atas bot. Nasib baik dia fasih berbahasa Melayu.

Ceria di atas bot.


Masa naik bot wajib pakai jaket keselamatan yang disediakan. Semasa menyusuri sungai Mekong, masa nilah dapat menikmati pemandangan pulau-pulau kecil yang ada di sepanjang sungai. Pemandangannya sungguh mempesona. Ditambah lagi dengan pemandangan sawah padi yang menghijau. Jika pergi masa musim padi belum dituai. Sekirannya, anda ingin merasakan suasana kampung memang boleh ke sana.


Merentasi Pulau Uniqorn dan ladang lebah
Lebih kurang 15 minit sampailah ke Pulau Uniqorn, antara pulau yang besarlah di Sungai Mekong. Aktiviti di pulau ni adalah melihat Ladang Lebah. Di pulau ini, penduduknya memang memilihara lebah untuk mendapatkan madu sebagai pendapatan utama. Setibanya di pulau ini, anda diberi peluang untuk merasai teh madu yang dicampur dengan perahan limau kasturi. Kalau nak beli madu Vietnam ada dijual. Belilah banyak-banyak untuk suami tercinta.


Naik kereta keldai di sekitar kampung.

Minum madu semasa di ladang lebah.


Muzium Peninggalan Perang (War Remnants Museum)
Muzium Peninggalan Perang ini merupakan sebuah muzium yang menenangkan dan tidak dapat dilupakan, yang secara terperincinya menerangkan kesan-kesan peperangan panjang yang mengambil masa 30 tahun antara tentera Amerika dan Vietnam.


Lawatan ke Muzium Perang.

Terdapat beberapa buah kereta kebal yang dijaga rapi, pesawat-pesawat dan alatan-alatan perang lain di kawasan luar muzium, namun informasi yang benar-benar mencengkam jiwa berada di dalamnya.
Gambar-gambar, pameran, dokumen-dokumen bertulis menunjukkan betapa ngerinya tentera Amerika menurunkan moral mereka demi untuk cuba dan menewaskan Tentera Utara Vietnam.


Bersama koleksi meriam dan kereta kebal.


Ho Chi Minh Cu Chi Tunnels
Ini merupakan satu pengalaman yang unik bagi para pengunjung kerana mereka dengan sendirinya dapat merasai perasaan menakjubkan. Berjalan di dalam terowong khas tentera vietnam dahulu yang digunakan untuk berjalan-jalan di sekitar tanpa dikesan oleh pihak musuh mereka.


Terowong bawah tanah.

Terdapat sebuah filem berinformasi untuk ditonton, diikuti dengan lawatan berpandu ke beberapa lokasi rekreasi olok-olok akan kehidupan harian bagi Viet Cong bersembunyi di dalam hutan.


Lokasi persembunyian tentera Viet Cong.

Kereta kebal yang terbakar menimbulkan latar belakang unik untuk bergambar dan semua orang kemudiannya akan dapat merangkak ke dalam terowong kecil yang telah diperluaskan dan disokong oleh konkrit.


Kereta kebal yang asal dijadikan bahan pameran.



Pejabat Pos Pusat Ho Chi Minh
Ho Chi Minh Central Post Office ini merupakan sebuah contoh seni bina indah tinggalan kolonial Perancis, yang mana terpelihara dengan sempurnanya tanpa perubahan yang banyak sejak ia dibuka pada tahun 1891.

Bangunan ini masih lagi berfungsi sebagai pejabat pos utama di bandar ini dan mengirim surat atau poskad adalah amat disyorkan untuk merasai sejarah itu hidup kembali.
Indah dipandang walau dari mana sudut sekalipun, bangunan ini direka oleh Gustave Eiffel, yang mana merupakan pereka sama akan Menara Eiffel di Paris.


Bergambar di hadapan Pejabat Pos Ho Chi Minh.


Katedral Notre Dame
Terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Pusat, Katedral Notre Dame ini merupakan satu lagi peninggalan zaman kolonial Perancis, namun ianya dipelihara dalam keadaan sempurna dan masih menjalankan aktiviti beribadah pada setiap hari Ahad. Kebanyakan bahan-bahan binaannya adalah diimport dari Perancis dan ianya memiliki sentuhan jelas Gaul dengan dua menara panjang berukuran 60 meter. Di hadapan gereja ini merupakan sebuah patung besar Virgin Mary atau ‘Notre Dame’.


Bergambar di hadapan gereja besar.


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)...



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia 2020 merujuk kepada tindakan pencegahan oleh kerajaan persekutuan Malaysia terhadap kes pandemik koronavirus (COVID-19) pada 16 Mac 2020, oleh itu "kawalan gerakan" dilaksanakan di seluruh negara. Kejadian itu sering dirujuk oleh sesetengah pihak media sama ada beberapa media tempatan mahupun media antarabangsa sebagai "Kuarantin Malaysia".

Langkah sekatan di Malaysia
Pada 16 Mac 2020 jam 10 malam waktu Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi ucapan secara langsung di televisyen dan secara rasmi mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Maklumat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020 (Fasa 1)
1.  Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam untuk penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk solat jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2.  Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.

3.  Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4.  Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan kesemua institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPT) serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6.  Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting kepada negara iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.

Berkuat kuasa pada 18 Mac, kerajaan Malaysia secara rasmi melaksanakan langkah kawalan pergerakan. Pada 25 Mac, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui siaran langsung kebangsaan mengumumkan bahawa perintah kawalan itu dilanjutkan sehingga 14 April. Walau bagaimanapun, terdapat pertimbangan kawalan pergerakan lebih lanjut sehingga akhir April atau Mei kerana jumlah kes di Malaysia dijangka meningkat pada pertengahan April, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Pada 8 April, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu kementerian kesihatan sedang mengadakan perbincangan dengan kabinet negara mengenai kemungkinan lanjutan PKP, dengan keputusan empoh PKP yang diumumkan tidak lewat daripada hari Jumaat.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada mulanya memberi amaran bahawa sesiapa yang tidak mematuhi langkah kawalan boleh dikenakan pelbagai penalti di bawah Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun, pada 18 Mac, jabatan Peguam Negara mengeluarkan gazet persekutuan khusus untuk perintah kawalan, menyatakan penalti sehingga RM1,000 dan/atau sehingga enam bulan penjara bagi sesiapa yang tidak mematuhi peraturan perintah itu.

Semua perjalanan antara negeri, kecuali perjalanan ke Sarawak tertakluk kepada kebenaran bertulis daripada pihak polis yang dikehendaki dengan alasan yang sah dalam tempoh kawalan. Kehadiran orang ramai di balai polis yang cuba mendapatkan permit hanya dalam tempoh beberapa jam sebelum kawalan perjalanan dikuatkuasakan juga berlaku. Bimbang bahawa penyakit itu akan tersebar, PDRM kemudian membatalkan polisi tersebut dalam tempoh beberapa jam sehingga notis selanjutnya.

Semasa perintah itu, PDRM mengadakan sekatan jalanraya di seluruh negara, untuk memastikan dan memberi amaran kepada rakyat Malaysia untuk tinggal di rumah dan mematuhi perintah itu. Bermula dari 22 Mac, Angkatan Tentera Malaysia akan digerakkan untuk membantu pihak PDRM bagi memastikan keberkesanan perintah terebut.

Pada 30 Mac, kerajaan pusat telah menetapkan bahawa semua perniagaan seperti pasar raya dan restoran, termasuk perkhidmatan penghantaran makanan hanya boleh dikendalikan dari pukul 8 pagi sehingga 8 malam bermula dari 1 April. Bagaimanapun, kerajaan Sarawak menegaskan masa operasinya dari 7 pagi sehingga 7 malam, menyatakan bahawa siang di Sarawak lebih awal berbanding Malaysia Barat. Langkah selanjutnya adalah bermula 1 April; seseorang tidak boleh menemani orang lain semasa perjalanan kecuali dengan tujuan untuk perubatan, radius perjalanan 10 km untuk semua pelancong (termasuk untuk tujuan perubatan) dan melarang semua jenis perhimpunan kecuali untuk pengebumian, namun para hadirin mesti dalam jumlah minimum. Sesiapa yang melakukan perjalanan dengan tujuan perubatan dikecualikan daripada peraturan perseorangan dan jarak perjalanan.

Semua peringkat rantai bekalan berkaitan pertanian dan industri perikanan dibenarkan beroperasi sepanjang perintah.

#stayhome
#staysafe