Adakah anda peminat kelab Liverpool
FC yang power dan terulung?? Tetapi apabila ditanya tentang Liverpool pasti
yang muncul di muncung mulut nama Jurgen Klopp , Mohamad Salah, “mane mane”
atau laungan gempita enam kali “six time champions bebehhh” tapi umpama kacang
lupakan kulit atau ikan lupakan lautan andai tidak mengetahui tentang kisah
lahir mahupun bapa pengasas kelab bola sepak Liverpool FC.
Ok di sini khas untuk anda kisah
ringkas tentang bagaimana dan siapa yang mengilhamkan kelab kesayangan kita ini
. Secara tamsilnya Liverpool ditubuhkan pada tahun 1892. Olehhhh siapa???
Orangmya ialah JOHN HOULDING . Siapa John Houlding ini sebenarnya?? John
Houlding adalah merupakan pemilik Stadium “Anfield Road”. Sebelum menjadi
“base” keras Liverpool, Anfield telah digunakan oleh kelab bola sepak Everton.
Yes Everton. Musuh setempat Liverpool . Namun disebabkan perseteruan antara
pentadbiran Everton dan Houlding, Everton telah buka langkah berpindah ke
stadium baharu yang mereka gunakan sehingga hari ini iaitu Goodison Park .
Stadium ada. Pasukan pula tak ada.
Nak elak pening kepala dan tanda protes kepada Everton. Houlding telah melantik
John McKenna. Nak dipanjangkan cerita McKenna ni banyak pengalaman dan “orang
dalam” di dunia bola sepak Scotland. Di sinilah sejarah mulai tercipta,
berbekalkan skuad 13 pemain yang 9 orang daripadanya berdarah tanah tumpah
Scotland, kelab bola sepak Liverpool “The Reds” “The Kop” pun dilahirkan dan
selebihnya adalah sejarah.
No comments:
Post a Comment