As Salam,
Untuk kali ini aku nak cerita tentang cabaran dan perkara
penting yang akan dilalui oleh seorang pelajar PJJ.
Agak subjektif untuk bercerita tentang cabaran. Cabaran
yang dihadapi setiap pelajar mungkin berbeza dan mungkin juga sama. Banyak
faktor-faktor yang mempengaruhi cabaran seseorang itu. Contohnya- kualiti diri,
keluarga, kekangan kerja, kewangan, faktor kesibukan dan keazaman. Ini antara perkara penting dan cabaran yang akan dilalui
oleh seorang pelajar PJJ:
1- Matlamat
Anda perlu ada matlamat yang jelas untuk sambung belajar. Ramai yang tak jelas
tentang matlamat. Mohon masuk belajar sebab suka-suka, ikut kawan, dan
macam-macam lagi. Anda kena ada matlamat. Contohnya: Ijazah ni untuk apa? Berapa lama aku nak habiskan pengajian ni? Berapa pointer yang aku nak capai?
2- Keazaman
Anda kena ada keazaman yang tinggi kerana bergelar pelajar
pada ketika usia sudah meningkat, serta komitmen tinggi terhadap kerja dan
keluarga amat menuntut komitmen anda. Namun, sekiranya anda telah ada matlamat
yang jelas, insyaAllah, semuanya akan jadi mudah.
Ok, bila dah ada matlamat yang jelas, keazaman memainkan
peranan besar untuk mencapainya. Tanya diri sendiri, cari strategi dan tanamkan
azam. Contoh soalan yang harus anda tanya diri anda. Macam mana nak habiskan pengajian dalam tempoh 4 tahun? Dah dapat strategi, tanamkan azam untuk kekalkannya. Aku nak dapatkan pointer/CGPA 4.0. Macamana? Cari strategi
dan amalkan dengan azam anda.
3- Kerelaan / Pengorbanan
Memasuki dunia baru dalam hidup semasa amat memerlukan
kerelaan dan pengorbanan. Ini kerana bergelar pelajar telah memberikan anda
satu tanggungjawab baru, tambahan beban daripada beban yang sedia ada. Bagi
yang single, anda kena korbankan masa lepak anda untuk mengulangkaji pelajaran/
melakukan tugasan. Manakala yang bekeluarga, anda kena mendapatkan kerelaan
suami/isteri anda kerana ini akan menuntut pengorbanan yang besar dari mereka.
Anda pula perlu bersedia dan membuat pengorbanan untuk mencapai apa yang anda
inginkan.
4- Masa
5- Kewangan
Kewangan adalah masalah yang dihadapi hampir semua orang.
Rancanglah dengan bijak. Anda memerlukan sumber kewangan bagi membayar yuran,
membuat tugasan, menghadiri kursus intensif dan pembelanjaan harian semasa
kursus intensif. Anda juga mungkin memerlukan sumber kewangan untuk membeli
buku rujukan tambahan.
6- Komitmen
Memandangkan anda telah bergelar pelajar / all-in-one
tanggungjawab yang anda ada sekarang. Komitmen anda semakin banyak namun anda
harus memberikan komitmen kepada pengajian anda. Jangan pandang remeh tentang
setiap perkara yang berkenaan pengajian anda. Beri komitmen sepenuhnya terhadap
tugasan, ujian dan peperiksaan. InsyaAllah. Semua akan berjalan lancar.
Ok, itu antara cabaran dan perkara yang akan dilalui oleh
seorang pelajar PJJ. Fikirkan dan sediakan diri untuk menghadapi cabaran
sebenar.
No comments:
Post a Comment