Sunday, May 17, 2020

We Love Cameron Highland


Antara lokasi percutian yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah Cameron Highland. Pastinya ramai yang pernah menjejakkan kaki ke sana kan. Secara peribadi saya berpendapat Cameron Highland ialah lokasi yang sesuai untuk anda sekeluarga bercuti atau pun makan angin. Perkara paling menarik bila sampai di sana ialah memetik buah strawberi terutamanya kanak-kanak. Selain itu lokasinya yang sejuk, ladang teh yang menghijau, makanan yang menarik dan bermacam lagi. Video di bawah ini adalah sedikit kenangan kami sekeluarga bercuti di Cameron Highland.






Cover of the month.


A person is selected as a magazine cover is because seeing many qualities in him like how tough work he has donein his past. How reach he is or how he helped his society and there are many more reasons also for being selected on the cover of a magazine. Awesome Trucks for month of April 2020 presented to you a person who had contributed a lot in his society in security manners.



Monday, April 20, 2020

Senang ke study PJJ?



As Salam,

Untuk kali ini aku nak cerita tentang cabaran dan perkara penting yang akan dilalui oleh seorang pelajar PJJ.

Agak subjektif untuk bercerita tentang cabaran. Cabaran yang dihadapi setiap pelajar mungkin berbeza dan mungkin juga sama. Banyak faktor-faktor yang mempengaruhi cabaran seseorang itu. Contohnya- kualiti diri, keluarga, kekangan kerja, kewangan, faktor kesibukan dan keazaman. Ini antara perkara penting dan cabaran yang akan dilalui oleh seorang pelajar PJJ:

1- Matlamat
Anda perlu ada matlamat yang jelas untuk sambung belajar. Ramai yang tak jelas tentang matlamat. Mohon masuk belajar sebab suka-suka, ikut kawan, dan macam-macam lagi. Anda kena ada matlamat. Contohnya: Ijazah ni untuk apa? Berapa lama aku nak habiskan pengajian ni? Berapa pointer yang aku nak capai?





2- Keazaman
Anda kena ada keazaman yang tinggi kerana bergelar pelajar pada ketika usia sudah meningkat, serta komitmen tinggi terhadap kerja dan keluarga amat menuntut komitmen anda. Namun, sekiranya anda telah ada matlamat yang jelas, insyaAllah, semuanya akan jadi mudah.

Ok, bila dah ada matlamat yang jelas, keazaman memainkan peranan besar untuk mencapainya. Tanya diri sendiri, cari strategi dan tanamkan azam. Contoh soalan yang harus anda tanya diri anda. Macam mana nak habiskan pengajian dalam tempoh 4 tahun? Dah dapat strategi, tanamkan azam untuk kekalkannya. Aku nak dapatkan pointer/CGPA 4.0. Macamana? Cari strategi dan amalkan dengan azam anda.



3- Kerelaan / Pengorbanan
Memasuki dunia baru dalam hidup semasa amat memerlukan kerelaan dan pengorbanan. Ini kerana bergelar pelajar telah memberikan anda satu tanggungjawab baru, tambahan beban daripada beban yang sedia ada. Bagi yang single, anda kena korbankan masa lepak anda untuk mengulangkaji pelajaran/ melakukan tugasan. Manakala yang bekeluarga, anda kena mendapatkan kerelaan suami/isteri anda kerana ini akan menuntut pengorbanan yang besar dari mereka. Anda pula perlu bersedia dan membuat pengorbanan untuk mencapai apa yang anda inginkan.



4- Masa
Masa itu emas. Bagi mereka yang bekeluarga, masa mereka amat terhad. Namun anda kena bijak membahagikan masa dan mengatur jadual seharian anda. Ramai yang gagal dalam perkara ini (termasuklah aku).




5- Kewangan
Kewangan adalah masalah yang dihadapi hampir semua orang. Rancanglah dengan bijak. Anda memerlukan sumber kewangan bagi membayar yuran, membuat tugasan, menghadiri kursus intensif dan pembelanjaan harian semasa kursus intensif. Anda juga mungkin memerlukan sumber kewangan untuk membeli buku rujukan tambahan.



6- Komitmen
Memandangkan anda telah bergelar pelajar / all-in-one tanggungjawab yang anda ada sekarang. Komitmen anda semakin banyak namun anda harus memberikan komitmen kepada pengajian anda. Jangan pandang remeh tentang setiap perkara yang berkenaan pengajian anda. Beri komitmen sepenuhnya terhadap tugasan, ujian dan peperiksaan. InsyaAllah. Semua akan berjalan lancar.



Ok, itu antara cabaran dan perkara yang akan dilalui oleh seorang pelajar PJJ. Fikirkan dan sediakan diri untuk menghadapi cabaran sebenar.

Saturday, April 18, 2020

Throwback raya tahun 2019.


Kali ni aku saje nak share satu video raya kami sekeluarga tahun 2019. Masa ni kitorang beraya di rumah mertua. Suasana memang riuh bila enam keluarga adik-beradik wife aku balik beraya bersama di samping 21 orang anak saudara. Video ni hasil tangan salah sorang anak saudara aku yang kreatif. Rakaman video ni dibuat semasa kami semua bersalaman dan bermaafan di antara satu sama lain dan seterusnya sesi bergambar bersama keluarga. Masa ni ramai yang tak sedar anak saudara aku tengah rakam suasana kat rumah tu di pagi raya. Termasuklah dengan aku sekali sama-sama tak sedar. Jadi aku boleh katakan video ni rakaman spontan lah. So selamat menonton untuk semua.




Andai kata kita beraya di musim PKP...


Bagi membendung serta memutuskan rantaian virus covid 19, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dah masuk ke fasa 3 iaitu dari 15 April 2020 hingga 28 April 2020 dan dalam tempoh itu juga seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Ramai yang membuat andaian bahawa PKP ini akan bersambung hingga ke fasa 5 iaitu menghampiri bulan Syawal di mana kita akan menyambut hari raya Aidilfitri. Jadi untuk posting kali ini aku nak share satu video andai kata kita  semua menyambut hari raya Aidilfitri di musim PKP nanti. Korang jangan ambil serius pulak. Semoga terhibur.




Sama-sama kita berdoa semoga Covid19 ni pergi jauh dari Malaysia dan semoga kita semua dapat jalani hidup seharian seperti biasa semula.

Honda Civic Generasi ke 10 tampil lebih garang


Kereta jenama Honda sudah pasti diminati oleh ramai peminat automotif di Malaysia termasuklah aku sendiri. Kereta keluaran negara matahari terbit ini sudah pun bertapak lama di Malaysia. Salah satu model Honda yang diminati ramai ialah model Civic. Dan kini Honda telah melancarkan model Civic Generasi yang ke-10 yang tampil lebih garang dan sporty. Di sini aku nak buat sedikit review tentang keistimewaan dan kecanggihan model Civic yang baru ni.




Honda Malaysia telah melancarkan model generasi Civic yang baru, peneraju segmen C di Malaysia yang dilengkapi dengan Teknologi Keselamatan Termaju Generasi Seterusnya, Honda SENSING. Honda Civic yang baru ini didatangkan dengan tiga varian iaitu 1.8S yang ditawarkan pada harga bermula RM113,600, 1.5TC (RM129,600) dan 1.5TC-P (RM139,600). Dikuasakan oleh enjin 1.5L VTEC Turbocharged, model ini menyerlahkan elemen pemanduan Honda yang mengujakan dengan prestasi dinamik dan penjimatan bahan api yang cemerlang. Enjin VTEC Turbocharged itu juga menjanjikan ‘Keseronokan untuk Memandu’ dengan kuasa maksimum mencecah 173PS dan tork 220Nm, yang menyamai prestasi enjin bersesaran 2.4L.


Model ini juga ditawarkan dengan enjin 1.8L i-VTEC berkuasa 141PS dan tork 174 Nm, sesuai untuk mereka yang lebih gemarkan enjin aspirasi biasa. Kedua-dua enjin itu diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicle). Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, berkata model Civic ini juga menjadi model Jepun pertama keluaran tempatan secara besar-besaran dalam segmen C yang ditawarkan dengan lapan ciri penuh keselamatan termaju Honda SENSING. “Kami meletakkan sasaran jualan Civic baharu iaitu 1,000 unit sebulan,” katanya.

Civic Generasi ke-10 adalah model kegemaran rakyat Malaysia dan mendominasi segmennya dengan penguasaan pasaran sebanyak 72 peratus sepanjang tahun 2019. Civic generasi ke-10 ini menjadi model pilihan ramai dalam segmennya dan berjaya dijual lebih 48,000 unit sejak dilancarkan empat tahun lalu. Secara keseluruhannya, Civic yang diperkenalkan di Malaysia telah mencatat jualan lebih 135,000 unit setakat Januari 2020.

Menyentuh mengenai Civic baru ini, dari segi luaran, ia mengetengahkan gaya sebuah ‘fastback’ yang lebih menarik. Ia hadir dengan bamper hadapan yang baru bersama gril hitam yang memberikannya penampilan yang lebih garang. Kemasan pada bampar belakang dan spoiler belakang baharu membuatkannya nampak semakin bergaya selain dilengkapi rim aloi hitam bersaiz 18-inci baru.



Reka bentuk dan prestasi Civic baharu disempurnakan lagi dengan ruang dalamannya yang menarik setaraf dengan ciri kenderaan segmen D seperti tempat duduk dibalut kulit Baharu bersama dengan ciri standard seperti pengilap cermin hadapan automatik baharu, tempat duduk pemandu berkuasa dengan lapan talaan, penghidup enjin kawalan jauh (Remote Engine Start) dan ‘Walk Away Auto Lock’ untuk semua varian.



Semua varian Civic baharu dilengkapi pelbagai ciri keselamatan yang terbaik dalam kelasnya seperti Enam Beg Udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Membrek (BA), Auto Brake Hold (ABH), sensor hadapan baharu dan ISOFIX pada tempat duduk belakang.



Civic baharu juga ditawarkan dengan warna baharu iaitu Merah Mutiara (Passion Red Pearl) yang meningkatkan lagi penampilannya yang garang dan sporty. Pilihan warna yang lain adalah Perak (Lunar Silver Metallic), Putih Mutiara (White Orchid Pearl), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam Mutiara (Crystal Black Pearl).

Friday, April 17, 2020

Persiapan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak pada kali ini...



Lebih kurang kurang seminggu lagi seluruh umat Islam bakal menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan yang sememangnya dinantikan setiap tahun. Selain melaksanakan ibadah puasa pada siang hari dan memperbanyakkan amal kebajikan, pasti ramai yang menantikan suasana bersolat sunat terawih di masjid atau surau.

Namun, keadaan tentunya amat berbeza bagi Ramadan tahun ini apabila umat Islam di negara ini berpuasa ketika menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Jumaat lepas bahawa tempoh PKP dilanjutkan selama dua minggu lagi sehingga 28 April ini, dan umat Islam dijangka mula berpuasa dalam tempoh berkenaan.

Untuk pertama kalinya umat Islam akan menyambut Ramadan ketika PKP dilaksanakan. Pada pendapat aku bulan Ramadan harus dilihat secara bijaksana dengan sudut pandangan yang penuh kebaikan serta manfaat sewaktu di akhirat.

Mengenai amalan solat sunat terawih pada bulan Ramadan semasa PKP pula, aku rasa ia tidak menjadi masalah kerana boleh dibuat di rumah tanpa ke masjid atau surau. Tiada masa lain yang lebih sesuai untuk amalkan cara hidup sunnah, makan secara minimum, solat on time (di awal waktu), tidur awal bangun awal, membaca al-Quran dan berzikir sementara tunggu azan maghrib. Sesungguhnya, COVID-19 adalah titik tolak untuk ingatkan kita semua tentang kemanusiaan dan kembalikan manusia kepada asas fitrah.

Pada bulan Ramadan sepatutnya menginsafkan manusia dan merasai kesusahan orang lain yang kurang mampu. Seperti yang kita tahu bazar Ramadhan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Jadi sedikit sebanyak dapat mengelakkan kita daripada bermewah-mewah sehingga membazir, waktu berbuka beli macam-macam dan makan sampai kekenyangan, dan mungkin akan membuatkan kita tidak larat untuk solat.

Jadi di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di Malaysia amnya dan kepada semua saudara-mara serta sahabat handai khasnya. Semoga korang semua memanfaatkan masa yang ada sepanjang tempoh PKP ini dijalankan.