Assalamualaikum dan salam sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pensyarah bagi tajuk kursus Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan, Puan Sharifah Rabeah Binti Syed Taha, rakan-rakan seperjuangan di UUM kampus Melaka serta buat isteri dan anak-anak. Seumur hidup saya tak pernah lagi buat blog sendiri, tapi disebabkan tugasan atau pun assignment, maka terbinalah blog yang terbaik pernah saya buat dalam hidup aku (sebab pertama kali buat blog). Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dah ada blog sendiri. Sebelum itu saya nak memperkenalkan serba ringkas tentang diri saya.
Pengenalan
Nama penuh Khalled Bin
Abdul Mobin, dilahirkan di Batu Pahat dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.
Both parent berasal dari Batu Pahat, Johor. Saya merupakan anak kedua
daripada 10 orang adik beradik.
Pendidikan
Dari darjah 1 hingga 6 saya bersekolah di SK Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru, Johor. Kalau korang
nak tau lokasi sekolah ni bertentangan dengan Plaza Angsana. Masa ni kami
sekeluarga tinggal di Kempas. Masa zaman saya sekolah dulu Plaza Angsana belum ada
lagi. Yang ada hanya deretan rumah kedai lama.
Masa di tingkatan 1 keluarga berpindah ke Taman Universiti, Skudai dan saya bersekolah di SMK Skudai,
Johor. Saya sempat setahun je kat sekolah ni, itu pun sebab sekolah baru di Taman Universiti tu belum siap lagi. Nama sekolah tu SMK Taman Universiti atau
nama pendek dia SMKTUN. Saya sempat bersekolah di SMKTUN ni dari tingkatan 2
sampai tingkatan 3 je. Masa zaman dulu kitorang ambil exam Penilaian
Menengah Rendah (PMR). Dapat result cukup-cukup makan terus mohon untuk
masuk ke sekolah teknik. Alhamdulillah rezeki saya dapat masuk ke SMK Teknik
Batu Pahat, Johor.
Lepas tamat belajar di
sekolah menengah, saya sambung belajar Diploma Kejuruteraan Awam di Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Setelah bertahun-tahun saya bekerja, pada tahun 2019 saya menyambung pengajian dalam Sarjana Muda
Dengan Kepujian Pengurusan Awam di Universiti Utara Malaysia (UUM) kampus
Melaka.
Kerjaya
So apa pekerjaan saya sekarang? Yang saya boleh cakap kat sini saya dah ada pengalaman dalam kerja
swasta dan sekarang berkhidmat untuk kerajaan.
Minat?
Saya minat dengan sukan
terutama bola sepak. Sukan-sukan lain pun minat juga tapi bola sepak ni
memang dari kecik kan kita dok sepak bola tu ke sana ke sini ke sana ke sini
sampai la dewasa. Zaman-zaman sekolah dulu main tak la hebat mana tapi dapat la
merasa main bola sampai peringkat negeri dan kebangsaan. Dalam umur sekarang ni
pun kalau ada peluang main bola pun masih berkobar-kobar lagi ni. Tapi biarlah
lawan team yang sebaya dengan kita ni. Jangan dibuat hal nak lawan team orang
muda. Tak cukup oksigen dibuatnya nanti. Tapi kalau ada kawan-kawan yang
berhajat mengajak main badminton ke ping pong ke futsal ke volleyball ke
biasanya saya ok je.
Saya juga minat dengan
aktiviti outdoor seperti camping, jungle tracking, hiking dan apa-apa aktiviti
luar. Selain daripada itu saya juga minat pada dunia permotoran tidak kira dua
roda mahu pun empat roda tapi sekadar ikut mana yang kita mampu je la kan. Saya pun minat melancong jugak. Setakat ni jalan-jalan dalam Malaysia ni ada la
tempat-tempat yang saya dah pergi. Kalau ke luar negara saya baru merasa sekali
je pergi Ho Chi Min, Vietnam. Niat nak ke negara-negara lain tu memang ada tapi
itu semua bergantung pada rezeki la kan.
Tapi lumrah alam kan bila
kita sudah berkeluarga ni memang banyak masa diluangkan buat aktiviti bersama
keluarga. Kalau korang sudah berkeluarga tu korang tau la nikmat bersama
keluarga tu kan.
Khalled Bin Abdul Mobin
No. Matriks : 269048
As salam & good morning everyone...
ReplyDelete